Samaada berbicara secara 4 mata, atau melalui alat-alat komunikasi yang lain, Kita dituntut -khususnya Muslimah- memelihara kemuliaan diri dengan memelihara gaya bercakapan, perbualan yang menjauhi unsur-unsur yang boleh "menggusarkan" hati seorang lelaki umpamanya pertuturan yang bermanja-manja, merengek mesra yang hanya layak bagi suami isteri, bergurau senda yang melampau batas syar`ie dan yang seumpamanya yang jauh dari akhlak Islam. Memadai dengan komunikasi dan interaksi formal yang dikira perlu tanpa intonasi dan “suara manja” yang tiada tujuan lain melainkan meraih perhatian manusia yang sudah rosak jiwa dan hatinya.
iv) Mengawal gerak geri agar berpandanan dengan tujuan;
Firman Allah SWT;
Ertinya;
“..dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka juga menundukkan pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya (kehormatan dirinya)..” (Surah al-Nur; 31)
Selain menyempurnakan hijab, Islam juga menitik beratkan persoalan mendidik diri dengan mengawal gerak-geri, tingkahlaku serta perbuatan yang boleh mendorong ke arah maksiat. Firman Allah di dalam ayat di atas;
“..dan memelihara kemaluannya..”
Di tafsir indah oleh para mufassir yang antara lainnya Sa`id bin Jubayr yang berpandangan ; “memelihara dari perbuatan keji”
[30], sementara Qatadah pula menegaskan; “memelihara dari apa yang tidak di halalkan kepada mereka (para wanita)”
[31], manakala Maqatil dan Abu al-`Aliyah pula berkomentar bahawa pemeliharaan yang dimaksudkan ialah daripada zina
[32].
Jelas secara kesimpulannya, maksud ayat tersebut adalah agar para Muslimah memelihara diri mereka dari perbuatan, tingkahlaku, dan perwatakan yang membuka ruang fitnah, dosa, kerosakan akhlak yang akhirnya boleh mencampakkan ke lembah unsur-unsur penzinaan. Sabda Nabi SAW ini sebagai peneguh kepada arahan Allah itu;
صنفان من أهل النار لم أرى هما :قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس, ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات, ورؤوسهن كأسنمة البخة المائلة, لايدخلون الجنة ولا يجدن ريحها. وإن ريحها ليوجدن من مسيرة كذا وكذا. (رواه مسلم و أحمد ومالك)
Ertinya;
“Dua golongan dari ahli neraka, sekali-kali tidak aku akan memandang mereka; Suatu kaum yang bersama mereka cemeti umpama ekor lembu, mereka memukul manusia-manusia dengannya. Dan para wanita yang berpakaian tetapi (seolah-olah ) telanjang, yang (berjalan) melenggang-lenggok (penuh menggoda) dan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mencium harumannya sedangkan harumannya dapat di hidu dari jarak sekian dan sekian “[33]v) Menjauhi khalwah (bersunyian) antara Muslimin dan Muslimat;
Berdua-duan antara lelaki dan perempuan adalah antara perkara yang terlarang yang thabit dan jelas dari al-Sunnah. Sabda Nabi SAW;
إياك والخلوة بالنساء, والذي نفسي بيده ما خلا رجل بإمرئة إلا دخل الشيطان بينهمنا, وللأن يزحم رجل خنزيرا متلطخا بطين أو حمأة خير له من أن يزحم منكبيه منكب امرأة لا تحل لهErtinya;
Berjaga-jagalah kamu (jangan) bersendirian dengan perempuan, demi tuhan yang nyawaku di tanganNya, tidaklah berkhulwah seorang lelaki dengan perempuan melainkan syaitan akan masuk di antara keduanya, dan seandainya seorang lelaki besesak-sesak dengan babi yang penuh berlumpur atau tanah adalah lebih baik dari begesel-gesel antara bahunya dengan bahu perempuan yang tidak halal baginya”[34]Juga sabda Nabi SAW;
لا يخولن أحدكم بإمرءة لا تحل له, فإن ثالثها الشيطان إلا محرم
(رواه بخاري مسلم وأحمد)Ertinya;
“Janganlah seorang lelaki dikalangan kamu berkhalwa
( bersunyian) dengan seorang perempuan kecuali dengan (adanya) Mahram”
[35]Larangan yang jelas oleh baginda SAW yang sudah termaklum pengharamannya
[36] akibat keburukannya, serta kehinaan yang digambarkan di dalam hadith tersebut oleh sebab fitnah disebalik perbuatan itu di samping menggambarkan bagaimana halus dan murninya akhlak Islam dalam persoalan ini. Walaubagaimana pun dalam beberapa situasi, Islam tetap menampakkan keunggulan fleksibeliti syariatnnya, dengan mengharuskan pertemuan antara dua lelaki dan perempuan yang anjnabi dengan syarat yang tertentu;
a)- Wajib ditemani mahram
[37] atau individu yang thiqah:
Jelas dalam sabda Nabi SAW di atas melarang berkhulwah antara pasangan yang bukan mahram kecuali dengan ada mahram si wanita seperti ibu bapa atau saudaranya yang berperanan memberi teguran atau nasihat kepada kedua-duanya. Begitu juga, dalam situasi gerak kerja dakwah, ianya diharuskan dengan adanya seorang perempuan yang thiqah (dipercayai agamanya) menggantikan peranan mahram perempuan tersebut
[38].
b)- Tujuan yang baik;
Tujuan pertemuan juga adalah disyaratkan bagi tujuan yang baik dan murni, bukan untuk bersuka-suka atau hanya berbual kosong yang tidak memberikan apa-apa manfaat. Umpamanya perbincangan untuk tujuan kerja-kerja dakwah, pembelajaran dan seumpamanya.
c)- Suasana yang aman daripada fitnah;
Pertemuan yang mengambilkira situasi tempat dan keadaan juga penting kerana ianya sebahagian dari akhlak Islam bagi tujuan mengelak berlakunya fitnah dan tohmahan buruk khalayak. Mengelakkan dari tempat-tempat yang sunyi atau yang boleh menimbulkan syak dan keraguan khalayak adalah perlu diaplikasikan dalam gerak kerja.
d)- Persepsi khalayak (orang ketiga);
Akhlak Islam terlalu murni dan indah. Disamping menangkis jauh unsur-unsur yang boleh menimbulkan fitnah kepada mana-mana individu, etika moral Islam juga mengambilkira persepsi “orang ketiga” atau khalayak yang memerhati. Peristiwa yang berlaku terhadap Isteri Rasulullah SAW, Maimunah dan Ummu Salamah RA ini wajar di amati;
عن أم سلمة رضى الله عنها قالت: كنت عند رسول الله صلى الله عليه وسلم وعنه ميمونة, فأقبل إبن أم مكتوم, وذلك بع أن أمرنا بالحجاب فقال: النبي صلى الله عليه وسلم: إحتجبا منه. فقلنا: يا رسول الله أليس هو أعمى؟ لا يبصرنا ولا يعرفنا؟ فقال البي صلى الله عليه وسلم: أفعميوان أنتما؟ ألستما تبصرانه؟ (قال الترمذي:حديث حسن صحيح)Ertinya;
Daripada Ummu Salamah R.A katanya: "Pernah aku bersama Rasulullah S.A.W dan disisinya juga ada Maimunah, kemudian datanglah Abdullah Ibn Ummi Maktum,-Dan peristiwa tersebut adalah selepas kami diperintahkan dengan hijab-, Maka Rasulullah S.A.W bersabda; (Kamu berdua) hijabkan diri darinya (Abdullah). Lalu kami pun berkata; "Wahai Rasulullah, tidakkah dia ini buta? Dia tidak mampu melihat kami dan tidak pula mengenali kami?".Maka Nabi S.A.W menjawab; "Adakah kamu berdua buta? Bukankah kamu berdua mampu melihatnya?"[39] ( Diriwayatkan Oleh al-Tirmidhi)
Jelas dalam hadith ini mengisahkan bagaimana akhlak yang cuba ditunjukkan oleh baginda SAW kepada Ummu al-Mukminin Ummu Salamah Dan Maimunah RA. Kehadiran Abdullah bin Ummi Maktum yang buta ke rumah Rasulullah SAW yang pada ketika itu kedua-dua ummu al-Mukminin dalam keadaan yang tidak sempurna hijab mereka. Lalu Rasulullah SAW tetap mengarahkan mereka berdua agar menghijabkan diri mereka dari Abdullah Ibn Ummi Maktum RA walaupun dia seorang yang buta dengan mengambilkira kemungkinan fitnah dari individu lain jika melihat para ummu al-Mukminin yang tidak menyempurnakan hijab mereka walhal ajnabi yang ada pada ketika itu adalah seorang yang buta.
Situasi ini menjelaskan beberapa adab yang cukup mulia;
i- Hijab adalah lambang kehormatan Muslimah yang wajib selama mana berinteraksi dengan individu yang bukan mahram.
ii- Penilaian “aman dari fitnah” juga perlu mengambilkira pandangan dan persepsi khalayak (individu ketiga), bukan sahaja dengan individu yang kedua.
iii- Mendidik umat Islam berfikiran dan berpandangan jauh dalam permasalahan kaedah bermu`amalah / berinteraksi yang selamat dari fitnah dan persepsi buruk khalayak.
Demikian Islam mendidik umatnya dalam kehalusan akhlak, membina kemuliaan sesebuah masyarakat yang harmoni dan jauh dari fitnah sesama manusia. Seorang mukmin seharusnya sedar kebahayaan fitnah yang melibatkan wanita adalah jenayah pertama dalam sejarah hidup manusia di dunia. Sememangnya fitnah adalah cubaan dan ujian
[40] Allah kepada hambanya. Namun, sebaik-baik hamba, adalah yang mampu mengawal dan menjauhkan diri dari berlakunya fitnah ke atas dirinya, keluarga serta masyarakat. Sabda Nabi SAW:
عن أسامة بن زيد قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ; ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النسا. (رواه البخاري ومسلم)Ertinya;
Daripada Usamah bin Zaid katanya; "Nabi SAW bersabda; "Tidak aku tinggalkan fitnah yang ebih besar selepasku yang lebih memudaratkan seorang lelaki melainkan peremuan"[41] (Diriwayatkan Oleh Bukhari dan Muslim)
Daripada hadith yang mulia ini, Ibn Hajar al-`Aqalani menjelaskan;
"Sesungguhnya fitnah yang membabitkan wanita adalah yang paling berbahaya daripada fitnah yang selainnya, dan di sokong oleh firman (Allah ) SWT;
"Dihiaskan bagi manusia itu, suka (tertarik) kepada kaum wanita…"[42]Tegasnya, persoalan yang membabitkan ikhtilat antara lelaki dan wanita adalah persoalan yang penting dalam rutin seorang Muslim. Ia melambangkan kemuliaan akhak Islam yang menghiasi perwatakan para penganutnya yang sekaligus mencerminkan kejernihan dakwah yang wujud pada peribadi para pendokong gerakan Islam itu sendiri.
والله أعلم بالصواب
[1] Yusuf al-Qaradawi (2002) Malamih al-Mujtama' al-Muslim Alladhi Nanshuduhu (Terj; Muhammad Baihaqi), Al-Hidayah Publisher. Kuala Lumpur, hlm. 140.
[2] Muhammad `Uqlah (Prof.Dr.) (2000) Nizam al-Usrah Fi al-Islam, Maktabah al-Risalah al-Hadithah, Jordan, ctkn 2, Juz.2, hlm. 61.
[3] Ibid, hlm. 61-75.
[4] Al-Qaradawi, op.Cit, Malamih al-Mujtama' al-Muslim Allazi Nanshuduhu. hlm 141.
[5] Sahih Muslim, op.Cit, Kitab Solah Al-`Aidayn, juz.2, hm. 602, no Hadith 823.
[6] Al-Qaradawi, op.Cit. hlm.143.
[7] Ibid, hlm. 144.
[8]Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Shawkani (1973) Nail al-Awtar, Beirut; Dar al-Jayl, Juz 3, hlm. 375.
[9] Al-Qaradawi, op.Cit, hlm. 145.
[10] Lihat-Sahih Bukhari, op.Cit, KItab al-`Ilm, Bab; Hal Yaj`al Li al-Nisa' Yawmun `ala Hiddatin Fi al-`Ilm, Juz.1, hlm.50.
[11] Lihat Sahih Muslim, Bab; Ghuzwat al-Nisa' Ma`a al-Rijal. No . Hadith;1443.
[12] Ibid, Bab; al-Nisa' al-Ghazayat Yurdikh lahunn Wala Tusham wa al-Nahy `An al-Qatl al-Sibyan Ahl al-Hirb. Juz. 3, hlm.1447, No.Hadith;1812.
[13] Al-Qaradawi, Malamih al-Mujtama' al-Muslim Allazi Nanshuduhu op.Cit.150.
[14] Lihat Surah Al-Qasas; Ayat 23-26.
[15] Lihat Surah Ali `Imran; Ayat 37
[16] Lihat Surah Al-Naml; Ayat 32-34 & 42-44.
[17] Lihat Surah al-Nur ; Ayat 31.
[18] Lihat Surah al-Ahzab; Ayat 21.
[19] Lihat Surah al-Nur; Ayat 31.
[20] Al-Qaradawi, op.Cit, hlm. 194-195.
[21] Al-Hakim, op.Cit, juz. 2, hlm.212, no.Hadith; 2788, al-Tirmidhi, op.Cit, juz.5, hm. 101, bab; Ma Ja`a Fi al-Nazrat al-Mufaja'ah, no.Hadith; 2776. Abu Daud, op.Cit, juz. 2, hlm.246, Bab; Ma Yu'mar Bihi Min Ghadd al-Basar, no.Hadith; 2149, al-Baihaqi, op.Cit, juz. 7, hlm.90, Bab; Tahrim al-Nazar Ila al-Ajnabiyat, no.Hadith; 13293 dan Ahmad, op.Cit, juz. 1, hlm. 59, no.Hadith;1369.
[22] Muhammad bin Abdullah al-Hakim al-Naisabur (1990) Mustadrak `Ala al-Sahihayn, Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, Beirut, juz.4, hlm.349, no. Hadith; 7875, Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub al-Tabarani (1983) Mu'jam al-Kabir, Maktabh al-`Ulum Wa al-Hikam, al-Mawsul, juz.10, ctkn 2, hlm. 173, no.Hadith; 10362.
[23] `Abd al-Qadir & Ahmad `Ata' (1993) Hadha Halal Wa Hadha Haram, Dar al-Fadilah, Qaherah, hlm.166.
[24]Ismail bin`Amru bin Ibn Kathir al-Dimasyqi (1401H) Tafsir al-Quran al-`Azim, Dar al-Fikr, Beirut, juz.3, hm.519.
[25] Ibid.
[26] Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farh Al-Qurtubi (1372H) Tafsir al-Qurtubi, Dar al-Sya'b, Qaherah juz.14, hlm.243.-Lihat juga Muhammad `Ali al-Sabuni (1998) Tafsir Ayat al-Ahkam, Dar al-Kutub al-`Imiyah, Beirut, juz.4, hlm.50.
[27] Ibn Kathir, op.Cit, Jld. 3, hlm. 483.
[28] Al-Qurtubi, op.Cit, juz.14, hlm.177.
[29] Sayid Qutb, op.Cit, juz.5, hlm.2859.
[30]Ibn Kathir, op.Cit, Jld 2, hlm.284.
[31] Ibid.
[32] Ibid.
[33] Muslim, op.Cit, juz.3, hlm.1680, bab; al-Nisa' al-Kasiyat al-`ariyat al-Mailat al-Mumilat, No Hadith; 2128, Musnad Ahmad, op.Cit, juz.2, hlm. 355, No; Hadith; 8650,9678 dan Malik bin Ans Abu Abdulah al-Asbahy (t.t.) Muwatta', Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi, Misr, juz2, hlm.913.; no; Hadith; 1626.
[34] Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-Tabarani (1983) Mu'jam al-Kabir, Maktabah al-`Ulum Wa al-Hikam, al-Muwassal, ctkn.2, juz. 8 , hlm. 205, no.Hadith;7830.
[35] Musnad Ahmad, op.Cit, juz 3, hlm.339. Makna yang sama juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Sahih Bukhari, op.Cit, juz.5, hlm.2005, No.Hadith; 4935 dan Sahih Muslim, op.Cit, juz.2, hlm.978.No.Hadith;
[36] Al-Syawkani, Op.Cit. hlm.425.
[37] Ibid.
[38] Ibid.
[39] Al-Tirmidhi, op.Cit, juz.5, hlm.102, no.Hadith; 2778.Kata Abu `Isa; "Hadith ini Hasan Sahih"
[40] Muhammad Ibn Abi Bakr al-Razi (1993), Mukhtar al-Sihah. Beirut; Maktabah Lubnan al-Nasyirun.hlm. 205.
[41] Bukhari, op.Cit, juz.5, hm. 1959, no.Hadith; 4808, Muslim, op.Cit, juz.4, hm.2097, no.Hadith;2047.
[42] Muhammad Abd Rahman Ibn Abd Rahim al-Mubarakfuri (t.t) Tuhfat al-Ahwadhi Sharah Sunan al-Tirmidhi, Beirut; Dar al-kutub al-`Ilmiyah, Juz. 7, hlm;53.